Laman Utama
Pengemaskinian Data Alumni Dalam Portal Alumni USIM

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1429h kepada seluruh warga Alumni USIM. Alumni USIM telah masuk ke generasi keenam penubuhannya. Justeru, Unit Pentadbiran dan Alumni, Bahagian Hal Ehwal Pelajar mengambil inisiatif untuk mengumpulkan maklumat peribadi dan pekerjaan melalui portal Alumni USIM di alamat http://alumni.usim.edu.my. bagi tujuan menganalisis kebolehan pasaran guna tenaga graduan-graduan lepasan KUIM/USIM pada masa sekarang dan masa hadapan.

Berita Penuh...
 
Laman web Alumni USIM

Unit Pentadbiran dan Alumni, Bahagian HEP dengan kerjasama Pusat Pengurusan Ilmu dan Teknologi Maklumat USIM telah membangunkan laman web alumni USIM dan boleh dilayari di http://www.usim.edu.my/alumni. Laman web ini mengandungi pelbagai maklumat penting mengenai Unit Alumni Bahagian HEP dan Persatuan Alumni USIM serta dijadikan sebagai salah satu kaedah hebahan yang sangat efektif untuk menanamkan sifat kecintaan terhadap alma mater (USIM supaya alumni dapat bekerjasama dengan Pihak Pengurusan USIM dalam meningkatkan citra Universiti.

Berita Penuh...
 
Penubuhan Tabung Alumni KUIM

Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan KUIM Bil. 5/2006 telah bersetuju untuk menubuhkan Tabung Alumni KUIM selaras dengan keputusan Pihak Pengurusan KUIM yang telah bersetuju dengan keahlian Persatuan Alumni KUIM secara automatik. Pengendalian tabung ini diletakkan secara sementara dibawah Akaun KUIM dan akan diserahkan kepada Persatuan Alumni KUIM apabila pengurusannya telah mantap.

 
Keahlian Persatuan Alumni USIM Secara Automatik

Mesyuarat Pengurusan Universiti Bil. 28/2006 lalu telah bersetuju untuk mengenakan bayaran yuran  keahlian Persatuan Alumni USIM secara automatik sebanyak RM50.00 sebagai Ahli Seumur Hidup kepada pelajar-pelajar semasa yuran semester pertama mulai sesi kemasukan 2007/2008. Manakala, bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti program pengajian, yuran  keahlian Persatuan Alumni USIM secara automatik tersebut akan dikenakan semasa yuran konvokesyen. Dalam hal ini, usaha-usaha untuk menarik minat bekas-bekas graduan USIM yang masih belum menjadi ahli Persatuan Alumni USIM hendakah dipertingkatkan. 

 
Makluman Graduan Siri Konvo 6/2008

Semua graduan USIM Siri Konvo 6/2008 dikehendaki menjawab soal selidik melalui Sistem Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Setelah selesai pastikan anda mencetak Slip Pengesahan Kajian untuk dikemukakan semasa proses pengambilan transkrip rasmi.

 

Sila jawab soal selidik melalui url berikut: http://graduat.mohe.gov.my

Berita Penuh...
 
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA ALUMNI USIM

‘Sirih Pulang ke Gagang’, itulah ibarat pertemuan yang telah diadakan pada 3 November 2007 lalu dan merupakan kali pertama  diadakan seumpamanya bagi meraikan dan bertemu kembali sahabat handai dan rakan-rakan seperjuangan yang telah berjaya dalam karier masing-masing. Kesempatan ini diambil bersempena dengan bulan kesyukuran iaitu Hari Raya Aidilfitri di samping mengadakan Mesyuarat Agung Alumni USIM buat kali keduanya pada tahun ini.

Image

Berita Penuh...
 
Persatuan Alumni Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai Negeri Sembilan